MEDIA PROJEK IQRA`

INFO: Kelas Rakyat di Asrama Lelaki Baitul Ehsan Batu Caves


Sila klik untuk lihat saiz penuh

Sila klik untuk lihat saiz penuh

Kelas Rakyat ialah program pendidikan bagi memberi peluang kepada orang ramai menjadi sukarelawan dan membantu adik-adik di rumah anak yatim / komuniti meningkatkan kualiti pendidikan mereka dengan bantuan modul i-Sina. Untuk menaja kos Kelas Rakyat, sila klik SINI.

Kelas Rakyat di Asrama Lelaki Baitul Ehsan yang terletak di Batu Caves ini diadakan pada hari Sabtu mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sukarelawan lama dan baru dijemput hadir. Sila bersarapan penuh berkhasiat sebelum datang. Sila rujuk iklan di Facebook Projek Iqra’ setiap minggu untuk ketahui samada minggu tersebut ada kelas atau dibatalkan

Seramai 10 orang sukarelawan diperlukan pada setiap kali program dijalankan.

Sukarelawan hanya perlu membawa pen merah dan kalkulator untuk menanda buku pelajar.

Jika anda tidak pernah hadir, jangan risau. Kami akan bimbing anda. Segala material akan disediakan. Datang dan enjoy je.

Sila bersarapan penuh berkhasiat sebelum datang.

Berpakaian menutup aurat,  sopan dan selesa. Pelajar dan sukarelawan akan duduk diatas lantai. Pastikan anda selesa berpakaian untuk itu.

Peta lokasi disediakan dibawah.

Koordinator Kelas Rakyat di Baitul Ehsan Batu Caves: Abdul Wahab

Wajib mempunyai kenderaan sendiri atau datang dengan rakan yang ada kenderaan kerana tiada kenderaan awam di kawasan ini. Kami tidak sediakan kenderaan.

Untuk sertai, join Facebook Group KELAS RAKYAT  : BAITUL EHSAN ALKHAIRI dan respon kepada panggilan sukarelawan yang akan dimuatnaik tiap 2 minggu.

Untuk pertanyaan jika ada info yang tiada dipaparkan disini boleh hubungi Khairul Anuar 016 7361067 

Sukarelawan terbuka kepada semua latarbelakang tak kira agama, bangsa, pendidikan dari usia 9 tahun ke atas.

Kelas Rakyat 

PETA-ASRAMA-LELAKI-BAITUL-EHSAN-FULL

Klik untuk lihat imej bersaiz besar

Kelas Rakyat Projek Iqra'

Asrama Lelaki Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi
Lot 6547 Jalan Nenas
Sungai Kertas Batu 9
Sungai Tua
68100 Batu Caves
Selangor

Video Kelas Rakyat di Baitul Ehsan AlKhairi:

Untuk pertanyaan jika ada info yang tiada dipaparkan disini boleh hubungi Khairul Anuar 016 7361067