Ada 2 program yang berlangsung di Rumah At-Taqwa Putra Perdana yang anda boleh sertai iaitu:
Prep Malam diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai jam 8pm-10pm. Dalam program ini, sukarelawan diperlukan untuk memantau dan membimbing adik-adik At-Taqwa Putra Perdana menyelesaikan kerja sekolah. Sukarelawan yang ingin sertai Prep Malam digalakkan hadir awal dan boleh solat Maghrib berjemaah di Rumah At-Taqwa Putra Perdana bersama adik-adik disana.
Kelas Rakyat di Rumah At-Taqwa Putra Perdana diadakan pada setiap hari Ahad ini mulai 10 pagi hingga 1 petang. Semua sukarelawan dikehendaki berkumpul mulai 9.30 pagi. Anda dinasihatkan bersarapan penuh berkhasiat kerana banyak tenaga akan diperlukan. Bawa botol air untuk mengelakkan kehausan.
Koordinator Khairul Anuar @ KA boleh dihubungi di 016 7361067
Peralatan yang perlu dibawa ialah alat tulis seperti pen merah. Tugas sukarelawan kelak ialah membantu adik-adik membuat latihan menggunakan modul i-Sina dan membuat aktiviti Sains menggunakan modul Little Scientist yang ditaja sepenuhnya oleh FUN SCIENCE SDN BHD
Sukarelawan digalakkan berpakaian selesa, menutup aurat dan longgar kerana suasana agak panas disana dan duduk diatas tikar.
Sesiapa pun boleh menjadi sukarelawan dari usia seawal umur 10 tahun. Tiada had kepada bangsa, agama dan latarbelakang.
Ini peta bagi anda yang memandu daripada Lebuhraya Putrajaya atau Lebuhraya ELITE (Landmark utama di lebuhraya ini ialah jambatan runtuh)
Ini hanyalah makluman umum Kelas Rakyat. Sila rujuk pengumuman di Facebook Projek Iqra’ setiap hari Rabu / Khamis untuk ketahui samada kelas pada minggu itu akan diadakan atau dibatalkan.
Video Kelas Rakyat di Rumah At-Taqwa Putra Perdana:
Koordinator Khairul Anuar @ KA boleh dihubungi di 016 7361067