SELANGOR FC
BERITA

RASMI : Syahir Bashah Is RED!

Dec 30, 2021 - FAS

Syahir Bashah hari ini secara rasmi diumumkan sebagai pemain tempatan baharu Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.
 
Berasal dari Ipoh, Perak beliau baru sahaja memulakan karier bola sepak profesionalnya dua tahun lepas bersama Perak FC II kemudian dinaikkan pangkat ke pasukan senior Perak FC musim lalu untuk 12 perlawanan.

Daripada persembahannya di pentas Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu, pemain muda ini telah menarik minat ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner untuk menyenaraikan beliau dalam senarai pemain Gergasi Merah musim 2022.

"Semasa liga sedang berjalan, Syahir telah mempamerkan aksi yang sangat menarik sepanjang perjalanannya bersama pasukan sebelum ini terutama sekali semasa menentang Selangor FC dalam saingan Malaysia Cup musim lalu.

"Beliau boleh bermain pelbagai posisi di bahagian tengah tetapi Syahir di panggil ke Selangor FC adalah untuk beliau menumpukan fokusnya di posisi sayap.

"Saya yakin jika kita boleh bimbing pemain ini, beliau mampu memberi impak yang baik kepada pasukan terumanya di bahagian sayap. Saya percaya dia mempunyai kemahiran yang baik dan menarik untuk dipamerkan bersama pasukan," jelas Micahel.

Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Syahir Bashah. Semoga beliau dapat mengukuhkan barisan sayap  pasukan Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim ini.
 
Syahir merupakan pemain terbaru ketujuh yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha' Abdelrahman, Zahril Zabri, Fazly Mazlan  dan Herlison Caion baru-baru ini.

Semoga berjaya Syahir!

Teruskan bersama media sosial Selangor FC untuk mendapatkan info-info terkini mengenai persediaan pasukan untuk musim hadapan.

Demi Kebanggaan!