MEDIA PROJEK IQRA`

INFO: Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai, KL


Jadual-Kelas-Rakyat-PPR-Seri-Cempaka-Sem-3-2015

Kelas Rakyat di PPR Seri Cempaka ini adalah Kelas Rakyat pertama yang Projek Iqra’ anjurkan di komuniti. Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Penduduk PPR Seri Cempaka. Seramai 40 orang anak-anak penduduk PPR Seri Cempaka berusia 9 hingga 13 tahun daripada keluarga kurang berkemampuan menyertai kelas yang disediakan percuma untuk mereka. Kelas ini tercetus sebagai susulan kepada program Jom Baca yang telah dijalankan oleh Akademi i-Sina disini pada bulan November 2014.

Untuk menaja kos menjalankan Kelas Rakyat ini, sila klik SINI.

Kelas Rakyat disini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8pm hingga 10pm.

Hanya sukarelawan sekitar Lembah Pantai sahaja digalakkan menyertai kerana lokasinya di tengah bandar tidak kondusif untuk sukarelawan dari kawasan jauh memandu di waktu puncak.

Sukarelawan diminta bawa pen merah dan kalkulator.

Sukarelawan diminta datang berpakaian sopan dan selesa.

Sukarelawan digalakkan datang seawal jam 7 malam kerana disini ada surau untuk solat dan banyak gerai makan untuk menikmati makan malam.

Modul yang digunakan disini ialah modul i-Sina bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Latihan membaca turut dijalankan dalam kelas ini.

Sertai Facebook Group Kelas Rakyat PPR

Koordinator yang bertugas di sini ialah Saudari Syafiqah Abdul Malek. Beliau boleh dihubungi melalui Whatsapp / SMS di 017-211 7328

Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka

 Peta Lokasi Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka:

Klik untuk lihat saiz besar

Klik untuk lihat saiz besar