MEDIA PROJEK IQRA`

INFO: Kelas Rakyat di Rumah At-Taqwa Putra Perdana


Ada 2 program yang berlangsung di Rumah At-Taqwa Putra Perdana yang anda boleh sertai iaitu:

  • Prep Malam
  • Kelas Rakyat
Sila klik untuk lihat saiz besar

Sila klik untuk lihat saiz besar

Prep Malam diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai jam 8pm-10pm. Dalam program ini, sukarelawan diperlukan untuk memantau dan membimbing adik-adik At-Taqwa Putra Perdana menyelesaikan kerja sekolah. Sukarelawan yang ingin sertai Prep Malam digalakkan hadir awal dan boleh solat Maghrib berjemaah di Rumah At-Taqwa Putra Perdana bersama adik-adik disana.

Klik untuk lihat saiz besar

Klik untuk lihat saiz besar

Kelas Rakyat di Rumah At-Taqwa Putra Perdana diadakan pada setiap hari Ahad ini mulai 10 pagi hingga 1 petang. Semua sukarelawan dikehendaki berkumpul mulai 9.30 pagi. Anda dinasihatkan bersarapan penuh berkhasiat kerana banyak tenaga akan diperlukan. Bawa botol air untuk mengelakkan kehausan.

Koordinator Khairul Anuar @ KA boleh dihubungi di 016 7361067 

Peralatan yang perlu dibawa ialah alat tulis seperti pen merah. Tugas sukarelawan kelak ialah membantu adik-adik membuat latihan menggunakan modul i-Sina dan membuat aktiviti Sains menggunakan modul Little Scientist yang ditaja sepenuhnya oleh FUN SCIENCE SDN BHD

Sukarelawan digalakkan berpakaian selesa, menutup aurat dan longgar kerana suasana agak panas disana dan duduk diatas tikar.

Sesiapa pun boleh menjadi sukarelawan dari usia seawal umur 10 tahun. Tiada had kepada bangsa, agama dan latarbelakang.

Program Pendidikan Rakyat At-Taqwa17

Ini peta bagi anda yang memandu daripada Lebuhraya Putrajaya atau Lebuhraya ELITE (Landmark utama di lebuhraya ini ialah jambatan runtuh)

Peta-At-Taqwa

Klik untuk saiz penuh

peta-attaqwa-putra-perdana

Ini hanyalah makluman umum Kelas Rakyat. Sila rujuk pengumuman di Facebook Projek Iqra’ setiap hari Rabu / Khamis untuk ketahui samada kelas pada minggu itu akan diadakan atau dibatalkan.

Video Kelas Rakyat di Rumah At-Taqwa Putra Perdana:

Koordinator Khairul Anuar @ KA boleh dihubungi di 016 7361067